Hayatilah..

Glitter text generator
zwani.com myspace graphic comments

Tanggugjawab sama hebat lelaki dan wanita




LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Larangan menampal ayat Al Quran Di Cermin Kereta..




Budaya org melayu..!!
Jangan permain ayat Quran pada cermin kenderaan..!!!
Pada masa sekarang dapat kita perhatikan semakin ramai orang Islam memasang tinted film yang tertera ayat-ayat suci al-Quran pada cermin kenderaan mereka tidak kira pada cermin depan atau belakang. Persoalannya di sini ialah, adakah amalan ini digalak atau dilarang di sisi Islam?

Apa yang jelas amalan tersebut buat masa ini nampaknya dipandang remeh dan menjadi ikutan pemilik kenderaan. Adakah mereka sedar bahawa ayat-ayat suci al-Quran sepatutnya perlu dihormati, dan tidak dipergunakan sewenang-wenangnya atau dipasang sesuka hati?

Hasil pemerhatian saya kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang lupa dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat suci al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas terik matahari.Nampaknya , ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk tujuan melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak dihayati dan dipelajari maksudnya.Ada ayat al-Quran yang dipasang berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan kotor dimakan hari kerana kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu dan cuaca. Pemasangan tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat untuk mencari keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi, apabila memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan
akhlak orang Islam seperti memandu laju dan berbahaya selain tidak mengikut undang-undang jalan raya.Ini sudah tentu hanya akan mencemarkan imej Islam di mata masyarakat sahaja.Saya telah mengambil inisiatif untuk ber tan yakan persoalan ini kepada pegawai di ruangan soal jawab kemusykilan agama yang disediakan oleh pihak Jaba tan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di laman web www.islam.gov.my dan ini adalah jawapan yang telah diberikan mengenai amalan tersebut dan ingin saya kongsi bersama para pembaca.Jawapan tersebut menyebut, ``Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat yang tinggi kedudukannya sebagai penghorma tan kepada kalamullah''.Oleh itu berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di cermin kenderaan dan seumpamanya. Justeru ia merupakan satu ibadah, ayat-ayat al-Quran hendaklah dibaca mengikut adab dan diamalkan ajarannya serta beroleh pahala membacanya, menambah keimanan, menenangkan jiwa dan hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan seumpamanya.Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati dan merealisasikan tuntu tan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan bahan pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan sebagai azimat atau tan gkal untuk melariskan jualan dan sebagainya.Ayat-al-Quran yang selalu dipamerkan adalah dalam surah al-Baqarah: ayat 41 dan 174, Ali Imran ayat 199, 77, 187 dan at-Taubah ayat 9, al-Isra'ayat 82.Kesimpulannya, ayat al-Quran hendaklah dibaca, dihafaz, dimuliakan (diagungkan) dan hanya boleh menyentuhnya dalam keadaan berwuduk serta diamalkan ajarannya sebagaimana Allah s.w.t menyebut dalam firman yang bermaksud: Al-Quran adalah merupakan penguba tan (hati) kepada manusia dan membawa rahmat sekalian alam.Saya amat berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya ayat-ayat suci al-Quran, tidak dijadikan bahan untuk mencari keuntungan dan dipermainkan.Umat Islam juga perlu sedar, adalah penting untuk kita mempelajari dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran, dan mempamerkannya pada cermin kenderaan sahaja tidak cukup untuk melahirkan umat Islam yang sejati

Petua Cuci Hati

PETUA CUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

insyaAllah..mudah-mudahan..

Apa lg kegunaan telefon bimbit..??



Telefon bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam keadaan kecemasan dan berada dalam kawasan yang tiada liputan, cuba dail nombor kecemasan 112, ianya boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad locked)

2) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri sebenarnya masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati di saat-saat kecemasan, tentu anda memerlukannya kan untuk menghubungi orang. Oleh yang demikian, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Bagaimana mengaktifkannya? Anda perlu menekan kekunci *3370# dan telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula. Skrin telefon anda akan memberitahu anda tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus dan kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

3) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak aktif dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail kod *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit, catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat yang selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh menghubungi pusat servis telefon bimbit anda dan memberikan mereka kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti berasa hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, telefon bimbit tersebut tetap tidak akan berfungsi. Jadi, walaupun telefon bimbit anda telah di curi, sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri tidak boleh menggunakannya ataupun menjualkannya.

4) SEBAGAI SENJATA
Akhir sekali, telefon bimbit anda sangat berguna bila anda berada dalam situasi berhadapan dengan penjahat atau dikejar oleh anjing. Telefon bimbit anda boleh digunakan sebagai senjata. Hanya balingkannya kepada mereka, insyaAllah penjahat akan cedera parah atau mati. Tapi dengan satu syarat, hanya telefon dalam gambar di bawah ini saja yang menepati syarat...

Jeng3x...



p/s: kaedah diatas mujarab bg sesetengah hp sahaja...

Sekian, semoga posting ini memberi manfaat pada anda...

Perkosaan Visual




PERKOSAAN VISUAL ! Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah? Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area, do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" ! Para wanita : beritahu teman-teman anda yang lain.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Putera Kegembiraan |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...