Hayatilah..

Glitter text generator
zwani.com myspace graphic comments

7 Keajaiban Dunia...



Chichen Itza, Mexico



The Roman Colosseum, Italy




The Taj Mahal, India




Petra, Jordan



Christ Redeemer, Brazil



The Great Wall, China



Machu Picchu, Peru



Menjadi satu persoalan didada ini, adakah lagi keajaiban dunia yang masih tidak dilihat oleh manusia pada hari ini..??

berjuta perkara yang ajaib yang masih belum dilihat oleh manusia dan yang tidak diiktiraf oleh manusia sebagai keajaiban dunia...

Seorang guru darjah 3 membuat satu kuiz didalam kelas nya dengan bertanyakan 'Apakah 7 keajaiban di Dunia yang murid2 semua tahu..??' ramai murid2 mengangkat tangan dan memberi jawapan seperti keajaiban2 yang diiktiraf manusia di atas..tetapi ada seorang pelajar yang diam tanpa memberi sebarang jawapan.. cikgu tersebut bertanyakan kepada murid tersebut 'apakah yang kamu tahu tentang keajaiban dunia' murid itu menjawab ' mata yang dpt melihat, hidung yang dapat menghidu, telinga yang dapat mendengar,mulut yang dapat berkata-kata,lidah yang dapat merasa, tangan yang dapat menyentuh serta otak yang berfungsi menggerakkan seluruh pergerakkan'..
itulah keajaiban dunia yang paling hampir dengan kita....wallahuwalam...

ITULAH KEKUASAALAN ALLAH

For The Rest Of My LiFe By MAHER ZAIN

Buat Peminat-Peminat Maher Zain....




Ampunkan Daku Wahai Teman...





Tiada insan yang sempurna dalam dunia ini.

Diri kte pun mcm tu jgk..serba kekurangn..inillah lumrah kehidupan


lantaran itu.jgn terkejut..sekiranya suatu ketika sahabat karib kita melakukan sesuatu atau membuat kte rasa kecil hati dan terluka..


kesilapan memang selalu terjadi dalam persahabatan.Seringkali kte pandang sebelah mata saja..Namun ada ketikanye ada perasaan yang membuatkan kte rase susah utk maafkan die..lebih-lebih lagi jika die melakukannye berulang kali..

p/s sy paham perasaan awk..jadi awk kena bersabar..ingt allah swt...cuba pikirkan yang positif..


Awk kena tahu memaafkan sahabat yang melukakan hati awk itu kerana perbuatan itu sgat mulia...

jgn hanya sekadar maafmu hanya di bibir...

sedangkan di hati masih membara marahmu...

Sentiasa Berdoa agar Allah swt lembutkan hati anda untuk memaafkan die


* maafkan shabat dengan hati yang ikhlas..tentukan apakah yg perlu anda maafkan..supaya kelak tidak ada lagi dendam dalam hati mu...
* berdoa dan bertawakal sebelum berdepan dengn sahabat...fikirkan cara utk mengatakan bahawa awk sudah maafkan die.
* Andai dia dtg memohon maaf..usah buat tidak peduli dan bersikap seolah2..tidak ada apa yang berlaku.. atau erti kata lain "Tiada maaf bagimu."..maafkan die Ok??=)..insyaallah..hati mu akan tenang



diberkati Allah swt...insyaallah...Assalamualaikum

p/s: Terima kasih buat sahabat dari Perak (^_^)

(DOA Akhir & Awal Tahun)







AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal tahun)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Kenapa perempuan CANTIK Bertudung..??


1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat…

2.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier jage maruah..diri..dan keluarga…

3.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab.. sebab dier cantik..

4.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecualipada yang berhak..

5.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri…

5.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier anak solehah…

6.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

7.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier hormati orang lain..




8.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab takut apabile dier tak pakai tudungorang tgkdier cantik..dan ade niat yg tak baik..

9.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

10.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dapat pahala..

12.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah..

13.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab supaya dpt menjadi contoh padaperempuanlain..

14.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab supaya lelaki yg beriman je yg sukerdier..




15.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab mendengar suruhan nabi…

16.kenape pompuan caantik pakai tudung…sebab rambut perempuan adalah mahkotabaginya.. jadi die tak nak sewenang2nyamenunjukkpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanyadiedah tak bernilai kerana mahkota die telahdilhatoleh semua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab patuh pada suami..

19.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab plg penting..die orang islam…

20.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dalam Al-Quran suruh die pakaitudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pdAl-Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

21. kenapa pompuan canti pakai tudung…pasal korang mmg cantik laa kalau pakaitudung..orang lelaki mmg suka org pompuan ygpakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..

22.kenapa pompuan cantik pakai tudung..pasai diorang tahu kalau tak pakai tudungdiorangakan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…rugilaakalau camtu…pakailaa tudung wahai muslimahIslam..serius ni…



23. kenapa pompuan cantik pakai tudung..pasai dia tak moo orang lelaki suka kat diapasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasalagama dan akalnya yg baik….

24. kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab ……byk lagi sebab…



JADI PEREMPUAN DILUAR SANA PAKAILAH TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYAJ ADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA…………..



KALO KORANG PAKAI TUDUNG MESTI LELAKI YANG BAIK AKAN MENDEKATI ANDA….DAN LELAKI YANG JAHAT AKAN MENJAUHI ANDA INSYA ALLAH…



INGATLAH…MENUTUP AURAT ITU ADALAH WAJIB…SEPERTI SURUHAN ALLAH YANG LAIN SEPERTI SOLAT PUASA ZAKAT….



JIKA ANDA MENUNAIKAN SOLAT KERANA MEMATUHI PERINTAH ALLAH….MAKA PAKAILAH TUDUNG JUGA KERANA MEMATUHI PERINTAH ALLAH……

RUKUN IMAN YANG PERTAMA BERIMAN KEPADA ALLAH….DENGAN MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA…..

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENUTUP AURAT…INI BERMAKNA ANDA TIDAK MEMATUHI RUKUN IMAN YANG PERTAMA……….



“kehidupan di dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”Ali Imran 185….



Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang
memukul seekor kucing.
Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut.
Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalamkeadaan
kesejukan dan lemah.
Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar
sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata
didalam rumahnya.

Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita.

Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya.
Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada
Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya.
Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan
engkar.

Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."

Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

10 Amalan terbalik pada hari ini....


10 Amalan TerBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.



11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

renung-renungkan...

copp CoCa CoLA....brrrrrrrrrr........ape tu sebenarnye..??



Anda lihat...anda bace...anda faham...anda tentukan...

Tenang bersama alunan zikir....




Seperti mana kita tahu zikir itu adalah menyebut nama-nama Allah baik dilafazkan @ diingatkan dalam hati. apa sebenarnya itu zikir? untuk memudahkan permahaman kita , Zikir itu adalah "Ingat" . bila di sebut zikurullah maknanya "Ingat Allah". Kerana itu Allah pernah mengingatkan bahawa apabila hambanya mengingatinya maka Allah akan mengingatinya kembali sesuai dengan petikan hadis ini:


Riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)


Dan sebab itu amat dan sangat digalakkan untuk berzikir pada Allah. sepertimana pernah di sebut di dalam Al-Quran

Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berdzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berdzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.
(Surah Al-Baqarah 2:200)


Ibadah haji adalah salah satu pecahan ibadah SOLAT, dan saya mudahkan permahaman kita dengan "Maka bilamana engkau selesai solat, banyak banyaklah engkay berzikir kepada Allah". ayat selepas itu Allah Azza wa Jalla mengatakan jika kita berdoa untuk kebaikan/kesenangan didunia maka tiadalah bahagian yg senang baginya diakhirat kelak. Waallahualam


Allah berfirman

Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.
(surah Al Anfaal 8:45)


Perbanyakan lah doa dan zikir kita kepada Allah Azza wa Jalla. supaya kita mendapat perlindungan dan dimudahkan rezeki bagi Allah.


InsyaAllah...

Saat kematian...bersediakah anda..??



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku biasanya setelah waktu Asar
Seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini bagi mereka yang sadar dan terbetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan waktu yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada saat ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak selera makan secara tiba-tiba dia berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasakan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Saat itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dilihat jika kita melihatnya dari bagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian hujungnya akan berangsur- angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.




TANDA AKHIR
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bagian pusat dan i akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingat mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

Blogspot atau Blogpsot..?? ape bezanya..??




Sedar atau tidak sedar, pengaruh yahudi semakin menular. Mereka bukanlah berjuang semata-mata menggunakan senjata. Benar, teknologi senjata mereka sukar ditandingi masakan tidak sekitar Gaza penduduk Palestin merana hilangnya tempat berteduh. Namun ada satu senjata yang sukar kita tentangi. Ia tidaklah memerlukan jemaah ribuan tentera, namun ia memerlukan kekuatan diri sebagai benteng daripada keangkuhan Yahudi.



Perang Psikologi?

Itulah kaedah peperangan yang kini semakin menular ke seluruh dunia terutama negara Islam. Namun persoalan di sini bukan ingin penulis ulaskan tentang yahudi kerana terlalu panjang untuk dihuraikan siapakah yahudi yang sebenarnya.

Di sini penulis akan berkongsi dua situasi berkenaan tentang perang psikologi mereka.

Yang pertamanya penulis ucapkan terima kasih kepada Zharunis kerana beliau telah berkongsi ilmu untuk dijadikan sebagai renungan.

Baik, silat lihat URL blog penulis

cth : www.namaanda.blogspot.com
www.namaanda.blogpsot.com

Mereka telah mereka satu laman web tentang kitab penjelasan kitab Bible. Diperhalusi melalui perkataan blogspot kepada blogpsot.

Cuba anda buka www.apa2jer.blogpsot.com. Lihat apakah yang anda lihat?
Bijak mereka menggunakan teknologi sedia ada mengoncangkan akidah kita.

WALLAHUWA'LAM....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Putera Kegembiraan |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...